PARANG TEBAS DOUBLE PENGUIN
SARONG/HULU: KAYU CEMPEDAK
LAZIMNYA, DESIGN SEBEGINI BIASA DIGUNAKAN OLEH MASYARAKAT DAERAH SARIBAS TANPA MENGIRA KAUM MELAYU ATAUPUN IBAN.
MENURUT CERITA ORANG2 TUA BENTUK HULU SEBEGINI DIPANGGIL TUKUL PENIMBA. SEBABNYA ADALAH; PADA MASA DAHULU ORANG YANG BERPERAHU MENGGUNAKAN KULIT NIPAH(APONG) UNTUK DIBUAT PENIMBA AIR PERAHU. HULU PARANG SEMESTINYA DIREKA KHAS SEBEGINI SUPAYA BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI TUKUL UNTUK MEMUKUL KULIT APONG DAN DIANYAM MENJADI PENIMBA PERAHU.
NAMUN BEGITU, BENTUK TERSEBUT BUKANLAH BENTUK ASLI DAN HULU PENUKUL PENIMBAN SUDAH BANYAK MENGALAMI REVOLUSI.
KAYU CEMPEDAK PULA MEMANG SUDAH LAMA MENDAPAT TEMPAT DI HATI MASYARAKAT SARIBAS KERANA KETAHANANNYA.
KAYU INI JUGA MENJAGA MATA PARANG SUPAYA TIDAK CEPAT BERKARAT.
ORANG TUA2 SANGAT MEMENTINGKAN JENIS KAYU YANG TIDAK MENYEBABKAN MATA PARANG BERKARAT DAN BUKAN KECANTIKAN KAYU SEMATA-MATA. INI KERANA KARAT DIPERCAYAI BOLEH MENGURANGKAN KUALITI KETAJAMAN MATA PARANG TERSEBUT (HILANG SEPUH).
CAP "DOUBLE PENGUIN" SANGAT TERKENAL DI SELURUH SARAWAK TERUTAMANYA DI DAERAH LIMBANG.
NAMUN TIDAK KURANG HEBATNYA CAP "AYAM 3535" "AYAM CS"
KERANA BANYAK PENDAPAT YANG SAYA DENGAR LEBIH MENGGEMARI CAP AYAM DARIPADA DOUBLE PENGUIN.
...NANTIKAN SAMBUNGANNYA PADA POSTING SETERUSNYA
☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺
☺☺☺☺☺☺☺☺☺☺
This entry was posted
on 8:42 AM
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
0 comments