Di Sarwak senjata tradisional amat berkait rapat dengan sejarah pelbagai bangsa/kaum yang terdapat di Sarawak yang diwarisi sejak zaman penjajah lagi. Persejarahan senjata di Sarawak amat rapat dengan unsur-unsur seni mempertahankan diri semasa zaman sebelum penjajahan dan semasa penjajahan. Keterampilan rekacipta Pandai Besi untuk setiap kaum maka kepelbagaian alat persenjataan telah terhasil, antara yang amat digemari sehingga kini seperti ilang, mandau,nyabur, pedang, tombak, sumpit, kerambit, badek, dan banyak lagi.
Peranan senjata amatlah penting dalam naluri hidup manusia, selain dari digunakan sebagai alat berperang atau mempertahankan diri serta hiasan ianya juga dikaitkan dengan unsur-unsur alam ghaib. Sesetengah mereka mempercayai sesuatu senjata itu mempunyai kuasa dalaman yang dapat membantu mempertingkatkan ilmu kebatinan kepada si pemiliknya.
Kelok-kelok yang dibentuk pada senjata melambangkan nilai-nilai estetika yang tersendiri dalam menggambarkan daya imaginasi setiap kaum sejak zaman-berzaman dengan teliti dan kreatif. Dengan pelbagai bentuk senjata tradisional yang kebanyakkannya berasal-usul dari luar yang diwarisi oleh nenek moyang mereka juga melambangkan ketinggian daya pemikiran dalam mengungkapkan segala makna yang tersurat dan tersirat.

Motif-motif pada hulu dan sarong senjata pula mempunyai maksud yg tersendiri dan motif ini tidak boleh dibuat sebarangan kerana dikhuatiri boleh mendatangkan impak yg negatif pada si pemakainya. Namun begitu, pada zaman moden ini motif pada senjata kebanyakkannya di reka berdasarkan keindahan dan dijadikan barang hiasan. Tapi, tidak kurang juga pengiat senjata warisan yang masih menitik beratkan perkara tersebut. Mengikut sejarah orang tua-tua, ukuran sesuatu senjata juga mestilah sesuai dengan tangan si pemakai. Pandai beli lama sangat arif dalam hal ini dan mengikut kepercayaan orang lama, sukatan yang tidak sesuai boleh memudaratkan si pemakai.
Pada kebanyakan senjata dari tanah melayu seperti keris, lawi ayam, tumbuk lada, kelewang serta beberapa rumpunan yang serupa dengannya akan dihiasi dengan hulu yang diukir indah serta diberikan nama-nama tertentu seperti Jawa Demam, Kepala Nuri, Anak Ayam Teleng dan lain-lain. Tidak ketinggalan juga dengan sarung atau rangka yang kebiasaannya diperbuat dari kayu yang baik seperti teras nangka, tempinis, kayu kemuning, raja kayu dan sebagainya.

This entry was posted
on 7:47 AM
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
0 comments