PENDAHULUAN
Zaman keemasan kesenian Islam bermula pada 750 apabila seni tembikar, kaca, seni logam, tekstil, manuskrip berhias dan pertukangan kayu berkembang maju. Sepuh berkilat merupakan sumbangan Islam yang terunggul kepada seni tembikar. Manuskrip berhias menjadi suatu seni yang penting dan amat dihormati dan lukisan potret kenik berkembang maju di Parsi. Secara umumnya para ulama membahagikan seni rupa kepada dua iaitu seni rupa yang mempunyai imej ataupun bentuk dan seni rupa yang yang tidak mempunyai imej dan bentuk. Seni rupa yang mempunyai bentuk ialah apa yang diperbuat daripada tembaga, batu, besi dan sebagainya. Manakala seni rupa yang tidak mempunyai imej dan bentuk pula sesuatu yang dilukis diatas kertas, dinding-dinding, lantailantai,bantal-bantal dan sebagainya. Seni ukir Islam terdiri dari pelbagai cabang seperti seni bina, seni khat dan seni lukis. Seni ukir berkembang seiring dengan seni-seni yang lain sehingga kini. Ada pendapat mengatakan seni khat dan seni ukir tidak berbeza kerana kemasyuran seni khat atau kaligrafi juga merupakan hasil kemajuan seni ukirnya. Perkembangan seni ukirnya berjalan seiring dengan perkembangan seni-seni lain terutama seni bina Islam. Ini kerana bangunan dan binaan-binaan tersebut biasanya dihiasi dengan ukiran yang bertujuan untuk mengindahkan dan menampakkan keunggulan. Kertas kerja ini akan memberi tumpuan kepada seni ukiran pada zaman Islam. Dalam kertas kerja ini juga akan dikupas mengenai seni ukir yang ada pada zaman kerajaan Umaiyyah, kerajaan Abbasiyyah, Umaiyyah di Andalus, kerajaan Fatimiyyah, kerajaan Uthmaniah, kerajaan Mughal dan Tanah Melayu.
SEJARAH KEMUNCULAN SENI UKIR ISLAM
CIRI-CIRI SENI UKIR ISLAM
KONSEP SENI UKIR
Seni ukir Islam mempunyai nilai yang tinggi samada dalam susunan komposisi cara pengisian bidang yang dihias, ataupun dalam menyelaraskan motif-motif ukiran. Pada umumnya pembahagian bidang itu diatur berdasarkan geometri yang bermotifkan seperti daun, akar, bunga, dan sebagainya. Oleh itu, dalam seni ukir Islam kelihatan paduan yang hormani antara rasa dan akal yang kelihatan pada ukiran kayu, batu, tembaga, besi dan sebagainya(Abdul Ghani Samsudin et al 2001). Seni ukir ini kerap terjalin dengan seni khat. Seni khat merupakan suatu keistimewaan seni ukir yang sering didapati menghiasi bangunan-bangunan Islam. Oleh itu, seni ini bukan semata-mata untuk memenuhi kewujudan seni untuk seni atau sebagai pantulan dan jelmaan rasa indah sahaja. Namun ia juga memberi kesan lain yang lebih mendalam dan bererti iaitu kesan keindahan yang mendekatkan kepada peri manusia dan rasa ketuhanan. Justeru ukiran-ukiran dari pelbagai motif itu terjalin denagn keindahan ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis dan kata-kata hikmat yang dapat menambat hati dan perasaan manusia(Abdul Ghani Samsudin et al 2001). Seni ukir juga dinamakan seni pahat merangkumi apa sahaja yang dipahat atau yang di ukir, samada yang berbentuk patung-patung manusia, binatang atau apa sahaja yang sifatnya berlembaga, samada ukirannya pada dinding-dinding rumah dan sebagainya(Abdul Ghani Samsudin et.al 2001).
Bermula dengan turunnya ayat suci al-Quran kepada baginda Rasulullah s.a.w, masyarakat Arab yang petah bersyair serta berpuisi, menggunakan kepandaian yang dikurniakan mencipta tulisan berseni atau kaligrafi sebagai tinggalan tamadun Islam untuk ditatap generasi seterusnya. Pensyarah pelawat Muzium Kesenian Islam Malaysia (IAMM), Profesor Dr Heba Barakat, berkata sejarah kaligrafi atau dalam bahasa Yunaninya, kalious, dikatakan bermula sejak kurun kelapan apabila masyarakat Arab menghasilkan tulisan bagi menunjukkan ketinggian martabat kabilah mereka. Menurutnya, adalah menjadi satu kebanggaan bagi mereka apabila dapat menghasilkan seni ukiran yang indah dan halus untuk ditunjukkan kepada pihak lawan, apatah lagi apabila digabungkan dengan kekuatan kehebatan kabilah mereka sewaktu di medan perang. Ketinggian kabilah Arab pada zaman dulu diukur pada kehebatan mereka sewaktu berperang, bersyair serta tulisan yang dihasilkan. Semakin tinggi kreativiti mereka, semakin tinggi sanjungan yang diterima(http://www.sipoel.unimed.in). Kebanyakan hasil lakaran yang dicipta berdasarkan suasana pada masa itu seperti berlatar belakangkan peperangan antara kabilah. Mereka melakarkan kaligrafi sebagai cara untuk menunjukkan kekuatan mereka dari segi emosi dengan merujuk pada ayat alQuran yang menceritakan mengenai sebab dan akibat berlakunya peperangan itu. Ia mempunyai simbolik tersendiri kerana bukan semata-mata menunjukkan kekuatan dalam peperangan tapi juga dalam menghasilkan sesuatu yang boleh menaikkan martabat dan semangat kaum mereka yang pergi berperang untuk mencari kemenangan,” katanya. Penyebaran Islam ke seluruh pelosok dunia oleh pedagang Arab menyebabkan tulisan kaligrafi turut berkembang sama ada melalui dakwah, penaklukan mahupun perdagangan. Pertembungan antara dua budaya menyaksikan tulisan kaligrafi mengalami corak perubahan dalam bentuk, warna mahupun tulisan namun paksi asasnya masih pada ayat al-Quran. Sejajar dengan perkembangan Islam, tulisan kaligrafi mengalami perubahan mengikut kesesuaian tempat dan budaya masyarakat, namun masih gunakan ayat alQuran. Kehalusan ukiran dan ayat yang dilakarkan begitu terserlah kerana dihasilkan dengan penuh rasa tawaduk terhadap Allah, sesuai untuk memberi penghormatan pada ayat al-Quran(http://www.sipoel.unimed.in). Pada zaman Rasulullah S.A.W, seni ukir Islam belum lagi mengalami perkembangan yang luas. Binaan yang ketara ialah dengan pembinaan masjid. Ia dibina dengan ringkas tanpa hiasan yang pelbagai. Kesenian Islam nampak ketara dari sudut seni bina dengan terbinanya Masjid Quba dan Masjid Nabawi. Selepas Nabi Muhammad wafat yang memerlukan kepada penganti untuk menyambung tugas-tugas sebagai pentadbir negara. Zaman Khalifah al-Rasyidin telah menyaksikan masjid-masjid mula dihiasi dengan ayat-ayat al-Quran yang diukir indah. Ukiran yang dibuat bertujuan untuk mengambarkan dengan jelas padian antara pembangunan fizikal dengan kerohanian serta ketakwaan yang tinggi. Seni khat, ukiran dan hiasan dalaman merupakan ciri baru yang di adun dengan ciri masjid yang dibina pada zaman Rasulllah pada zaman ini. Mimbar masjid telah diperkenalkan penggunaanya oleh Nabi Muhammad SAW. Masjid Nabawi di Madinah ditingkatkan kualitinya. Pada tahun 21 H, mimbar masjid mula diukir dengan seni khat yang cantik beserta ukiran yang berseni.
SENI UKIR ZAMAN UMAYYAH
Antara contoh lain yang menunjukkan perkembangan seni ukir Islam pada zaman ini sepertimana terdapat pada binaan Masjid Suriah. Keseluruhan bentuk dan ciri masjid ini telah dihiasi dengan pelbagai bentuk ukiran yang indah dan ia terdiri daripada bahanbahan yang mahal dan bermutu tinggi. Jelaslah bahawa perkembangan seni ukir Islam berkembang pesat dengan bermula zaman Bani Umayyah. Perkembangan ini merupakan satu dari lambang atau petanda kewujudan kesenian Islam yang terpenting dalam Tamadun Islam. Ukiran-ukiran yang menghiasi bangunan-bangunan telah tersebar luas dibumi Sepanyol, Iraq, Syam dan Mesir. Semua ini menjadi bukti peninggalan umat Islam pada zaman Bani Umayyah(Norashikin Mhd Bani 2002).
Istana ini kemudian dijadikan model seni ukir dan seni khat yang menghiasai bangunan istana samada bahagian dalam dan luar. Penghasilan seni ukir Islam pada zaman Daulah Umayyah banyak dihasilkan pada masjid-masjid, tetapi pada zaman Daulah Abasiyyah lebih ditumpukan kepada pembinaan Istana. Contohnya, semasa pemerintahan khalifah al-Jaafar telah membina istana alDhabab (Istana Emas) di Baghdad. Pada masa itu juga, istana-istana telah menjadi tempat berkembangnya seni ukir, seni khat , seni bina dan sebagainya. Jika dilihat bahawa seni ukir lebih luas pengaruhnya dan konsepnya kerana tidak terhad pada bangunan masjid sahaja. Pada zaman Daulah Abbasiyyah, jelas perkembangan seni ukir Islam telah sampai ke kemuncak iaitu apabila jajahan takluk menjadi luas dan serta berlaku asilimisasi kesenian antara kaum dan kawasan. Pada waktu itu juga, bentuk dan ukiran Islam menjadi lebih banyak dan bertambah indah. Kehalusan corak ukiran Islam begitu mengagumkan mata memandang. Aspek seni ukir Islam zaman Daulah Umayyah jelas lebih bersifat klasik berbanding pada zaman Daulah Abbasiyyah(Norashikin Mhd Bani. 2002).
Kos bagi mendirikan kota tersebut telah dibiyai Abdul Rahman dengan membelanjakan wang hampir tujuh juta dinar. Di samping kota ini, terdapat sebuah masjid yang besar dan permai dikelilingi oleh pejabat-pejabat kerajaan dan taman-taman bunga yang indah. Pada zaman ini bilangan masjid d Kota Cordova sahaja telah mencapai angka hingga 600 buah, perpustakaan 70 buah, kedai-kedai buku pula tidak terhitung banyaknya, sedangkan penduduk di kawasan tersebut tidak lebih dari setengah juta orang(Dasuki Ahmad: 1982,340 ). Selain itu, antara yang dapat dikagumi hingga sekarang peninggalan yang terdapat di Sepanyol ialah Masjid al-Qurtuba di Cordova, Menara Giralda di Seville, Istana Zahra, Istana Jaafariyah di Saragossa, Istana Makmun, Masjid Jamik di Isybiliyah, Istana Alhambra di Granada, dan lain-lain. Bandar Toledo hari ini telah dijadikan muzium, iaitu bangunan-bangunannya dan jalanrayanya yang berasal dari kurun kelima belas tidak diubah untuk dijadikan tumpuan pelancong, manakala jalan-jalannya sempit dan boleh dilalui oleh hanya sebuah kereta sahaja. Masjid besar di Cordova yang boleh memuatkan 100,000 orang dan mempunyai 1000 tiang telah dijadikan gereja dan sampai sekarang terkenal dengan nama CathadalMosquita. Ukiran di dalamnya sangat cantik, orang-orang Sepanyol hari ini membiarkan ukiran dan tulisan ayat-ayat al-Quran dalam bangunan itu, di samping itu mereka telah mendirikan patung-patung dan lukisan tentang Nabi Isa dan pemimpin agama kristian yang lain. Mereka melakukannya sebagai ingatan kemenangan Kristian ke atas umat Islam(Dasuki Ahmad 1982).
This entry was posted
on 7:05 AM
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
0 comments