Unsur-unsur yang digunakan dalam ukiran ini sangat dipengaruhi beberapa faktor berkaitan dengan cara hidup seperti adat resam, kepercayaan agama, alam persekitaran semula jadi, iklim dan juga topografi.
Unsur makhluk hidup
Tidak banyak digunakan dalam ukiran melayu kerana agama Islam tidak menggalakkan penciptaan ragam hias berdasarkan makhluk yng bernyawa. Biasanya yang menjadi contoh ialah burung, kucing, ayam, itik dan sebagainya. Ukiran berunsurkan makhluk hidup peninggalan orang melayu sebelum kedatangan Islam.
Unsur Kosmos
Unsur ruang angkasa dipersembahkan melalui gambaran matahari, bulan, bintang, awan berarak, gunung-ganang, bukit-bukau dan lain-lain. Unsur-unsur ini juga selalu dipasangkan bersama unsur tumbuhan dan kaligrafi.
Unsur Geometri
Mula dikesan dalam ukiran melayu yang menggunakan pola seperti bersegi atau yang dikenali dengan pola tupal. Selain itu digunakan unsur piling berganda, iaitu bentukbentuk huruf ‘s’ yang disusun berderet-deret, atau ukiran piling berganda dan berpiuhpiuh. Ukiran jenis ini mudah didapati pada alat-alat tembikar, sarung keris, tepak sirih, barang-barang tembaga dan alat-alat ragam hias yang dipakai dalam rumah.
Unsur Kaligrafi
Unsur ini mengambil contoh huruf arab, ayat Al-Quran dan tulisan jawi. Juga terdapat tulisan jawi yang digabungkan dengan unsur-unsur kosmos, dan tumbuh-tumbuhan yang bersesuaian. Sering terdapat pada bangunan masjid, surau juga rumah-rumah kediaman.
Unsur Tumbuh-tumbuhan
Biasanya tumbuhan yang menjalar atau pohon-pohon bunga yang menjadi pilihan para pengukir. Antara yang menjadi sumber ilham ialah jenis kacang, labu, ketumbit, peria, daun salad, balung ayam dan sebagainya(Abdul Halim Nasir: 1986).
KESIMPULAN
Allah Subhanahu Wata'ala mencipta alam ini dalam keadaan yang sangat indah, sehinggakan tidak ada walau sedikit pun sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah. Perjalanan cakerawala, peredaran siang dan malam, pagi dan petang, bulan dan bintang dan sebagainya teratur menurut aturan yang telah ditetapkan oleh Allah Subhanahu Wata'ala. Begitu juga hiasan-hiasan alam semulajadi, bunga-bungaan, pokokpokok, tasik, pergunungan dan seumpamanya terlalu sangat menarik sehinggakan ciptaanciptaan Allah Subhanahu Wata'ala dijadikan sebagai salah satu industri tarikan pelancong tempatan dan luar negeri melihat pemandangan alam dan menikmati keindahannya. Keindahan dan nilai-nilai estetik semulajadi yang diciptakan oleh Allah Subhanahu Wata'ala untuk manusia ini sudah setentunya patut disyukuri, dihargai dan dipergunakan untuk apa jua keperluan manusia dengan sebaik-baiknya.
Firman Allah Ta'ala dalam surah al-Kahfi ayat 7: إنا جعلنا ما على الرض زينة لها لنبلوهم أيهم أحسن عمل Tafsirnya: Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana Kami hendak menguji mereka, siapa di antaranya yang lebih baik amalnya
Berdasarkan ayat ini, jelas kepada kita bahawa segala apa yang Allah ciptakan di dunia ini merupakan satu perhiasan yang sangat indah untuk kita mempermanfaatkannya. Melalui daya usaha seni kreatif, apa yang ada di dunia ini boleh diubah dan direka bentuk menjadi suatu yang lebih bermanfaat, berharga dan berguna untuk keperluan manusia. Setiap manusia ada daya imaginasi dan kreativiti menurut akal pemikiran, yang dengannya manusia mampu mencipta sesuatu yang bernilai estetik bagi keperluan diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Kekuatan imaginasi dan kreativiti pada diri seseorang merupakan anugerah dan amanah daripada Allah Subhanahu Wata'ala yang perlu dijaga, disubur dan disemaikan dalam ruang dan batasan yang hanya dibenarkan oleh syariat Islam.
This entry was posted
on 8:33 AM
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
0 comments