KERIS SEBAGAI PAKAIAN  

Posted by my name: TOYA

 
Kerana keris memiliki beragam keutamaan, nilai dan simbol dengan falsafahnya, maka keris dijadikan "pakaian" sepanjang hidup.

Ungkapan adat mengatakan:

"Yang keris menjadi pakaian
Pakaian hidup bagi yg jantan
Pakaian tersuruk bagi perempuan
Pakaian tuah bagi kekerabatan
Pakaian daulat raja dan sultan
Pakaian perkasa hulubalang pilihan
Pakaian maruah Datuk handalan
Pakaian peniaga di tengah pekan
Pakaian ladang jadi kawalan
Pakaian laut bagi nelayan
Pakaian harian ke dalam hutan
Pakaian kemuliaan dalam penobatan
Pakaian utama dalam perkahwinan
Pakaian yg kekal sepanjang zaman"

-------------------Dr Tenas Effendy

 

Posted by my name: TOYA

Keajaiban Dalam Besi


Besi adalah sebuah unsur yang disebutkan dalam Al-Qur’an di dalam surah al-Hadid, yang bermaksud besi. Kita dikhabarkan :

“…dan Kami telah menurunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia..”
(Surah al-Hadid: 25)

Perkataan “diturunkan” khususnya digunakan untuk besi dalam ayat di atas mempunyai sebuah maksud kiasan untuk menerangkan bahawa besi dikurniakan untuk faedah kegunaan umat manusia. Tetapi apabila kita mempertimbangkan pengertian literalnya, perkataan ini akan bermaksud secara fizikal diturunkan dari luar angkasa, seperti dalam kes hujan dan sinaran matahari. Kita menyedari bahawa ayat ini menggambarkan satu keajaiban saintifik yang sangat-sangat signifikan.


Ini adalah kerana penemuan astronomi meden telah menyingkap bahawa besi yang wujud dalam dunia ini berasal dari bintang-bintang gergasi di luar angkasa.


Unsur besi hanya dapat dihasilkan di dalam bintang yang lebih besar berbanding matahari di mana suhu mencecah beratus juta darjah. Apabila jumlah besi melebihi peringkat tertentu dalam sebuah bintang, ia akan gagal untuk menampungnya dan yang akhirnya meletup dalam letupan yang dipanggil ‘nova’ atau ‘supernova’. Hasil dari letupan ini, meteor yang mengandungi besi berserakan ke seluruh alam semesta dan bergerak melalui celah ruang angkasa sehingga ditarik oleh kuasa graviti sebarang objek di cakerawala.


Fenomena ini menunjukkan bahawa besi tidak dibentuk di dalam bumi sebaliknya dibawa dari bebintang yang meletup di ruang angkasa melalui meteor dan diturunkan ke dalam bumi, seperti yang disebutkan di dalam ayat di atas. Adalah jelas bahawa fakta ini tidak dapat diketahui secara saintifik di abad ke 7.


Rujukan : keajaiban Al-Qur’an, Harun Yahya

KENANGAN BERSAMA JEMAAH MALAYSIA KE JAWA  

Posted by my name: TOYA

MASIH SEGAR DIINGATAN KENANGAN BERSAMA MBAH IMAM, BAYUWANGI, JAWA TIMUR. SEMOGA SEMUA PANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI, DI LAIN MASA, ADA JODOH KITA BERSUA LAGI.

 
JALAN2 CARI MAKAN, TIMBA PENGALAMAN

MOGA MENDAPAT ILMU YG BERGUNA DUNIA DAN AKHIRAT DARIPADA-NYA
'YA JABBAR YA KOHAR'



Jangan Sampai Tidak Tahu "Senjata Warisan Malaysia"  

Posted by my name: TOYA


Dipetik dan diolah daripada Utusan Malaysia – Senjata Pahlawan Melayu


Jika dilihat daripada kehebatan pahlawan Melayu, tidak sah jika kita tidak memperkatakan mengenai kehebatan senjata terutama keris yang mereka gunakan.
Keris Taming Sari milik Hang Tuah misalnya dikatakan mempunyai pelbagai kesaktian seperti melindungi tubuh penggunanya daripada dicederakan oleh mana-mana senjata.
Sememangnya keris ialah senjata kebanggaan penduduk Nusantara yang hanya terdapat di Malaysia, Indonesia, Brunei, selatan Thailand dan selatan Filipina. Namun, disebabkan keadaan Kepulauan Nusantara yang terpisah antara satu sama lain menyebabkan senjata-senjata tradisional telah mengalami perkembangan yang berbeza-beza.
Orang Melayu telah menempa dan menggunakan keris serta senjata-senjata lain semenjak lima ratus tahun dahulu. Antara alat-alat senjata lain ialah parang, pisau, badik, karambit, lembing dan sebagainya. Sehingga awal abad kedua puluh, kebanyakan senjata Melayu telah ditempa untuk kegunaan pertarungan, pertahanan diri daripada serangan. Dengan perkembangan kebudayaan dan sistem sosial, fungsi senjata telah mengalami perkembangan dan perubahan.
Walaupun mengalami banyak perubahan senjata ini masih mengekalkan ciri-ciri senjata pertarungan dahulu kala dengan meniitikberatkan keaslian dan buatan yang halus. Tetapi kini, fungsinya telah bertukar menjadi barang keramat yang mempunyai kuasa yang harus dihormati, barang yang dipuja, lambang ikatan keluarga, tanda jasa, tanda pangkat dan kuasa, barang mewah dan akhirnya dianggap sebagai karya seni. Senjata-senjata ini telah melalui masa perkembangan yang cukup lama sebelum mempunyai bentuk dan fungsi seperti sekarang. Oleh itu, terdapat pelbagai jenis senjata sesuai dengan seni serantau.


Keris
Keris merupakan senjata pendek yang digunakan oleh orang Melayu sejak zaman keagungan pemerintahan Kesultanan Melayu, lebih daripada 800 tahun yang lampau terutamanya pendekar, pahlawan serta kalangan pembesar istana. Satu alat kebesaran bagi raja-raja atau lambang kekuasaan atau kedaulatan. Keris mempunyai dua belah mata, melebar di pangkal dan tirus dihujungnya serta tajam. Terdapat mata keris yang lurus dan berlok-lok dengan keindahan pamor serta hulu yang menarik dan juga sarungnya. Keris mempunyai berbagai-bagai bentuk dan ukuran. Kebanyakan keris terdiri dari jenis yang berlok, sama ada tiga, lima, tujuh atau sembilan dan lurus.
Tiga aspek penting mata keris adalah rupa awan larat dan corak pamor, bentuknya dan corak berombak yang wujud dari campuran logam dan nikel. Persejarahan senjata di Malaysia amat rapat dengan unsur-unsur seni mempertahankan diri seperti silat. Keterampilan reka cipta Pandai Besi (pembuat keris) maka kepelbagaian alat persenjataan telah terhasil, antara yang amat digemari sehingga kini seperti keris, parang, kelewang, beladau, tombak dan banyak lagi.


Badik
Bentuk badik, hampir sama dengan bentuk tumbuk lada tetapi lebih besar dan kurang pula daripada segi ukiran. Matanya lebih tegak, hulunya membongkok ke bawah.
Badik mempunyai mata yang lurus dan berkeluk seperti keris. Panjang matanya di antara 18 dan 20 sentimeter (sm) dan lebar 2 sm. Hulu dan sarungnya diperbuat daripada kayu, tanduk dan gading serta dihias dengan motif awan larat. Badik mempunyai mata yang tebal di bahagian belakangnya dan meruncing dihujungnya.



Tumbuk Lada
 
Matanya melengkung bongkok udang, bentuk balik sumpah, tajam sebelah dan meruncing di hujung; lebar di atas - menghasilkan garis gerak yang cepat. Mata tumbuk lada juga diperbuat daripada besi campuran, tetapi tidak berpamur.
Tumbuk lada, yang berukuran lebih kecil daripada keris lazimnya dihiasi ukiran yang halus dan disaluti perak. Hulunya sering diukir penuh dengan bentuk tumbuh-tumbuhan. Ada ukiran tebuk tembus yang berbentuk bulat pipih di pangkal bahagian belakang sarungnya. Ukiran ini tidak kurang indahnya daripada yang terdapat pada hulunya. Ukiran yang halus ini sebanding dengan ruang kosong, yang bersalut dan bersendikan perak. Ukiran yang terdapat pada tumbuk lada ialah antara yang paling indah dan halus dalam seni rupa Melayu.


Lembing
Lembing pada dasarnya adalah senjata lontar. Batangnya diperbuat daripada kayu lurus berukuran sedepa, mata lembing dimasukkan ke dalam batang dan diperkuat dengan ikatan rotan atau simpai logam. Mata lembing lazimnya dibentuk seperti pisau dan jarang berduri. Lembing Melayu lebih pendek, ringan dan tajam mata dihujungnya. Terdapat berbagai jenis lembing kebanyakannya bermata tajam diperbuat daripada kayu atau buluh.


Kerambit
Kerambit atau kurambi juga dikenali sebagai lawi ayam, kuku ayam atau rambai ayam. Senjata kecil yang berupa seperti sehelai bulu ayam jantan yang terdapat pada ekornya. Berkeadaan melentik dan tirus dihujungnya. Nama senjata ini juga dipercayaai mengambil nama dari taji atau lawi ayam. Sebab bentuk dan cara digunakan juga hampir serupa.

Kerambit
Kerambit pada kebiasaannya berhulukan daripada kayu atau tanduk, yang terdapat lubang sebesar jari tangan. Dibahagian pangkalnya disimpaikan dengan rotan atau logam, agar mengukuhkan lagiukatan hulu tersebut. Saiz hulu adalah sepanjang 8sm. dan mata diantara 6sm. hingga 8sm.
Cara menggunakannya adalah dengan memasukkan jari telunjuk kedalam gelang yang terdapat pada hulunya, dan bahagaian matanya yang tajam meruncing itu akan terkeluar dari gengaman di bahagian kelingking. Tikaman dibuat dengan mengaritkan mata pada objek secara tumbukan yang tidak tepat kesasarannya, atau secara rautan.


Unsur ghaib
Peranan senjata amatlah penting dalam naluri hidup manusia, selain digunakan sebagai alat berperang, mempertahankan diri, hiasan dan ia juga dikaitkan dengan unsur-unsur alam ghaib. Sesetengah masyarakat mempercayai sesuatu senjata itu mempunyai kuasa dalaman yang dapat membantu mempertingkatkan ilmu kebatinan kepada si pemiliknya. Kelok-kelok yang dibentuk pada senjata melambangkan nilai-nilai estetika yang tersendiri dalam menggambarkan daya imaginasi kemelayuan sejak zaman-berzaman dengan teliti dan kreatif.
Pada kebanyakan senjata seperti keris, lawi ayam, tumbuk lada, kelewang serta beberapa rumpunan yang serupa dengannya akan dihiasi dengan hulu yang diukir indah serta diberikan nama-nama tertentu seperti Jawa Demam, Kepala Nuri, Anak Ayam Teleng dan lain-lain. Tidak ketinggalan juga dengan sarung atau rangka yang kebiasaannya diperbuat daripada kayu yang baik seperti teras nangka, tempinis, kayu kemuning, raja kayu dan sebagainya. Kesimpulannya, senjata tradisional Melayu sememangnya mempunyai keunikan tersendiri

maklumat juga dari; http://malaysiana.pnm.my

KOLEKSI SAHABAT (EN. RABINIE)  

Posted by my name: TOYA





PENGUBAT JIWA PENENANG MINDA  

Posted by my name: TOYA

GAMBAR HIASAN

 "BILA JIWA GUNDAH, MELIHAT KAMU AKU LEGA"
BILA SUDAH BERHOBI DALAM PERSENJATAAN BEGINILAH JADINYA... DI MANA ADA SENJATA YANG TERGANTUNG DI DINDING, DALAM ALMARI, DAN KEKADANG PARANG TEBAS PUN JADI MANGSA PERHATIAN... MASA ITULAH MASALAH DAN GANGGUAN JIWA AKAN TERHENTI....

INILAH DIALOG YANG BIASA HAMBA DENGAR BILA DUDUK SEMEJA DENGAN PENCINTA SENJATA WARISAN... BESAR KEBENARANNYA, TETAPI JANGAN SAMPAI ANGAU SUDAHLAH...

...INGATLAH; ALLAH AKAN MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG YANG SENTIASA MENGINGATINYA.

PENGAJARAN: JANGAN INGAT PARANG JER..
SELAMAT MENJAMU MATA

KAYU SEPETIR BERUKIR (BARU)  

Posted by my name: TOYA

KAYU : SEPETIR
MATA : BESI TAHAN KARAT (kiriman sahabat dr PERAK)
PANJANG MATA :13 INCI








SUASANA PERTANTINGAN PARANG (15 MEI 2010 - SABTU)  

Posted by my name: TOYA

PENGANJUR:  HJ. IMRAN, KPG ANAK BUKIT, LIMBANG
1. DUA PARANG DIPAMERAN OLEH TUAN RUMAH




2. SEBAHAGIAN PARANG-PARANG YANG MENYERTAI PERTANDINGAN



WALAUPUN ELEKTRIK TERPUTUS DAN CUACA HUJAN LEBAT, PERTANDINGAN TETAP DITERUSKAN. PADA HARI TERSEBUT TERDAPAT 40 LEBIH PENYERTAAN DARI SEKITAR LIMBANG.



3. KELIHATAN HAKIM SEDANG TEKUN MENILAI DAN MEMBERI MARKAH



BEBERAPA SENJATA YANG MASUK KE PERINGKAT FINAL DITELITI SEMULA DAN MARKAH AKHIR AKAN DITENTUKAN UNTUK MENCARI SENJATA YG TERBAIK.



4. SEBAHAGIAN GAMBAR YANG SEMPAT DIAMBIL SEMASA PERTANDINGAN



GAMBAR ATAS; KEDUDUKAN 1-9 DARI KANAN




5. GAMBAR SEBAHAGIAN PESERTA YANG BERJAYA -OTAI PARANG LIMBANG 








KOLEKSI DARI SPAOH  

Posted by my name: TOYA

PISAU SEMBELIHAN & PARANG PANJANG
PEMILIK : EN. TERUNA
EMAIL: anakins1979@gmail.com