Posted by my name: TOYA

Keajaiban Dalam Besi


Besi adalah sebuah unsur yang disebutkan dalam Al-Qur’an di dalam surah al-Hadid, yang bermaksud besi. Kita dikhabarkan :

“…dan Kami telah menurunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia..”
(Surah al-Hadid: 25)

Perkataan “diturunkan” khususnya digunakan untuk besi dalam ayat di atas mempunyai sebuah maksud kiasan untuk menerangkan bahawa besi dikurniakan untuk faedah kegunaan umat manusia. Tetapi apabila kita mempertimbangkan pengertian literalnya, perkataan ini akan bermaksud secara fizikal diturunkan dari luar angkasa, seperti dalam kes hujan dan sinaran matahari. Kita menyedari bahawa ayat ini menggambarkan satu keajaiban saintifik yang sangat-sangat signifikan.


Ini adalah kerana penemuan astronomi meden telah menyingkap bahawa besi yang wujud dalam dunia ini berasal dari bintang-bintang gergasi di luar angkasa.


Unsur besi hanya dapat dihasilkan di dalam bintang yang lebih besar berbanding matahari di mana suhu mencecah beratus juta darjah. Apabila jumlah besi melebihi peringkat tertentu dalam sebuah bintang, ia akan gagal untuk menampungnya dan yang akhirnya meletup dalam letupan yang dipanggil ‘nova’ atau ‘supernova’. Hasil dari letupan ini, meteor yang mengandungi besi berserakan ke seluruh alam semesta dan bergerak melalui celah ruang angkasa sehingga ditarik oleh kuasa graviti sebarang objek di cakerawala.


Fenomena ini menunjukkan bahawa besi tidak dibentuk di dalam bumi sebaliknya dibawa dari bebintang yang meletup di ruang angkasa melalui meteor dan diturunkan ke dalam bumi, seperti yang disebutkan di dalam ayat di atas. Adalah jelas bahawa fakta ini tidak dapat diketahui secara saintifik di abad ke 7.


Rujukan : keajaiban Al-Qur’an, Harun Yahya

This entry was posted on 8:43 AM . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments