RAJA SI RAJA KAYU MERAH  

Posted by my name: TOYA

TERAS RAJA KAYU DALAM PROSES UNTUK DI BUAT MATA CINCIN.. 

E, F, G, H (SOLD)

AL-KISAH; Raja kayu, Damar Minyak atau Kayu Tolong-Tolong, Banyak akan Khasiatnya mau dari segi perubatan atau Mistik. Kayu damar minyak ini lebih dikenali sebagai RAJA KAYU disebabkan kayu jenis ini membolehkan cahaya lampu menembusinya.
Ada juga orang mengatakan Pokok raja kayu ni, ketika nak tumbuh, pokok sekelilingnya akan mati, Bila pokok tersebut sebesar pokok getah, pokok sekelilingnya akan tunduk padanya, tetapi ada yang menanam pokok tersebut mendakwa pokok sekelilingnya adalah lebih sihat dan diceritakan juga, jika menyimpan potongan raja kayu boleh membuatkan kayu berkhasiat yang lain menjadi lebih berkhasiat..wallahualam.
Itu sebab Kayu damar digelar sebagai raja kayu oleh kerana sifat menyihatkan serta hidup sentiasa.Masyarakat orang asli di semenanjung Malaysia selalu mencari damar dari jenis Pokok ini untuk pelbagai kegunaan.
Dari segi mistik, Raja Kayu kuat dan pelbagai lagi, akan tetapi Raja Kayu ni alah kepada api, sebabnya raja kayu ni ada sifat panas, itulah sebabnya bila nak bertempur raja kayu ni selalu dibuat hulu senjata, ianya penaik semangat bertempur serta pengerun lawan, Campuran teras kemuning Hitam dan Raja Kayu adalah satu Kombinasi yang serasi..wallahualam.
Ini adalah berdasarkan pengalaman serta melalui rujukan daripada ahli2 kayu dan sememangnya banyak lagi kisah2 kayu berkhasiat lain. Setiap kejadian Allah semestinya memiliki keistimewaan tersendiri..


This entry was posted on 2:02 AM . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments