Perusahaan Besi dan logam
Pada zaman Uthmaniyyah, kerja seperti menempa dan mengukir besi gangsa , perak dan pelbagai barangan logam lain adalah sedikit. Tetapi pada masa yang sama, kerajaan Uthmaniyyah sangat produktif dalam menghasilkan peralatan perang. Pedang pada zaman Uthmaniyyah sangta terkenal dengan proses pembuatannya yang menggunakan besi keluli yang berkaliti tinggi dan ia telah menjadi model dalaam pembuatan senjata bagi tentera berkuda Eropah. Cara penghasilan senjata Uthmaniyyah yang menggunakan besi keluli yang berkualiti tinggi telah mejamin keunggulan senjata di zaman tersebut(Oktay Aslanapa 1971: 330). Sebagai contoh senjata yang digunakan pada zaman Uthmaniyyah adalah pedang, senapang, pisau, belati, perisai, panah dan sebagainya. Ianya digunakan ketika berlakunya pertempuran. Sehingga pada abad ke 17M , 18M dan 19M, masih lagi beratus bala tentera termasuk Turki Uthmaniyyah. Senjata Turki Uthmaniyyah masih lagi lagi pelbagai, ketagori yang boleh diramalkan dan seperti dirangkakan atau persamaan kategori ini menggambarkan sebab kemerosotan empayar. Perkembangan seni ukir pada besi dan logam ketika zaman Uthmaniyyah, secara mutlak tidak berubah daripada tahun 1650M1850M. Terdapat senjata-senjata yang pelbagai lebih baik, sebenarnya untuk zaman ini. Ada juga berubah sedikit demi sedikit. Ianya ketegasan senjata termasuk juga mengubah teknik ketika di medan pertempuran. Ini telah melambang kepada kemerosotan empayar Uthmaniyyah(Anthony C. Tirri 2003: 109-110).
ZAMAN KEPULAUAN MELAYU
Sejarah telah membuktikan pengislaman masyarakat di dalam alam Melayu ini melalui catatan-catatan sejarah yang telah dikatakan berlaku sekitar kurun permulaan hijrah lagi. Buktinya ialah, terdapat satu batu nisan diukir dengan huruf-huruf arab yang bertarikh tahun Masihi 1082 hingga 1102 telah dijumpai di Gerisik Jawa. Namun begitu, perselisihan berlaku untuk menentukan dari mana asal kedatangan agama Islam ke Tanah Melayu ini. Kebanyakkan ahli sejarah menetapkan kedatangan Islam dari Perlabuhan Cambay daerah Gujerat berdasarkan batu-batu nisan yang mula-mula ditemui. Batu nisan yang terdapat di perkuburan Sultan Malikus Salleh ( 1297M ) di Pasai, batu nisan Waliullah, Abdullah bin Muhammad ( 1407M ) adalah hasil pertukangan tangan orang Islam di Gujerat(Dasuki Ahmad.1982). Manakala dakwaan sesetengah pendapat lain mengatakan agama Islam ini datang dari negeri China yang terus ke Terengganu berdasarkan sebuah batu bersurat bertulis yang membuktikan bahawa sekumpulan orang Islam telah mendiami Terengganu sekitar tahun 702H/1303M, Tempat tersebut ialah di Kuala Berang lebih kurang dua puluh batu ke Hulu Sungai Terengganu. Buktinya masih dapat dilihat di Muzium Negara Kuala Lumpur, iaitu Batu Bersurat Terengganu, batu yang tertulis dalam bahasa melayu jawi. Dalam tulisan itu antara lain terdapat susunan peraturan tentang undang-undang kekeluargaan dan hukuman terhadap perzinaan. Namun pendapat ini tidak dapat diterima oleh para sejarawan berdasarkan beberapa sebab antaranya Terengganu bukanlah tempat yang menjadi tumpuan para pedagang China untuk menjalankan perniagaan di Tanah Melayu. Selain itu,juga ditemui batu bersurat Islam yang dijumpai di daerah Sungai Ujong Negeri Sembilan iaitu batu nisan yang ganjil di Pengkalan Kempas, Sungai Linggi. Batu nisan ini menunjukkan kubur seorang yang bernama Ahmad telah meninggal dunia pada tahun 1467M . Selain itu, terdapat juga ukiran yang tertulis di wang dinar milik seorang syeikh dari Patani yang datang berdakwah ke negeri Kelantan. Pada wang tersebut telah tertulis angka arab 577 yang mungkin bermaksud 557H telah dijumpai di sana. Manakala terdapat juga ukiran di batu nisan sultan Pahang yang pertama bernama Sultan Muhammad yang telah meninggal pada tahun 1475M. Batu nisan tersebut dapat dilihat di Makam Langgar dan batu inilah batu bertulis yang terawal di temui di Pahang(Dasuki Ahmad.1982).
This entry was posted
on 9:45 AM
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
0 comments