SENI UKIRAN & MOTIF  

Posted by my name: TOYA

Ukiran Kayu Melayu Tradisional
Seni ukiran tidak dapat dipisahkan daripada seni rupa kerana satu bentuk seni dalam bidang yang sama. Bidang ini juga tidak dapat dipisahkan daripada kebudayaan melayu yang berterusan sepanjang zaman. Pada masa lampau, titik permulaan dari peralihan zaman prasejarah ke era zaman sejarah terdapat satu zaman yang penuh dengan cabaran bagi orang Melayu, iaitu zaman yang digelar zaman kebudayaan batu hidup atau megalitik. Pada ketika itu, manusia telah mendirikan tugu-tugu batu yang mempunyai nilai spiritual yang berhubung dengan kepercayaan yang berbentuk anemisme dan pemujaan leluhur yang mereka anuti ketika waktu tersebut(Abdul Halim Nasir 1986). Bertempat di Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan yang terletak kira-kira 30km ke tenggara bandar Seremban terdapat tugu-tugu batu megalitik yang berbagai-bagai bentuk seperti pedang, dayung, sudu, kura-kura dan lain-lain lagi. Batu yang berbentuk pedang itu terdapat ukiran-ukiran yang dipahat timbul menggambarkan haiwan yang menyerupai ular atau naga. Pada batu megalitik yang disebut ‘Batu Kemudi’ terukir bentuk beberapa ekor haiwan yang menyerupai anak rusa atau kijang(Abdul Halim Nasir 1986). Contoh-contoh yang terukir pada batu megalitik di Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas itu membuktikan bahawa nenek moyang orang-orang Melayu pada zaman sebelum tercipta tulisan merupakan pencipta ukiran yang mempunyai kebolehan dan menghayati seni ukiran(Abdul Halim Nasir 1986). Persejarahan mengenai seni rupa yang menjadi induk kepada lain-lain bentuk seni akan mengingatkan kita kepada beberapa peninggalan sejarah purba di Gua Tambun, Ipoh Perak. Pada salah sebuah batu kukup ( rock shelter ) yang condong ke arah luar itu masih terdapat lakaran-lakaran lukisan yang merupakan hasil karya manusia di zaman kuno. Tidak dapat dibuktikn sama ada itu adalah keturunan kita atau tidak, namun demikian lakaran itu membuktikan kepada generasi masa kini yang mereka juga sudah berminat terhadap bidang seni dan peneroka bidang terebut lebih awal daripada yang kita sangkakan. Peninggalan warisan yang sedemikian itu merupakan karya seni yang tidak ternilai dan menjadi khazanah yang terpenting(Abdul Halim Nasir 986). Melalui artifak-artifak sama ada yang ditemui secara tidak sengaja atau secara penggalian oleh ahli-ahli arkeologi di tempat-tempat tertentu seperti di muka-muka gua, tanah-tanah lapang, di pinggir sungai, kita dapat melihat hasil kemahiran mereka dalam mencipta seni ukiran bagi menghiasi alat-alat keperluan seperti tembikar-tembikar yang dibuat daripada tanah untuk keperluan memasak atau alat-alat yang digunakan dalam amalan-amalan yang bersifat rohaniah(Abdul Halim Nasir 1986). Kesan awal mengenai kedatangan Islam ke Semenanjung Tanah Melayu dipegang buktinya dari batu bersurat Terengganu yang bertarikh awal kurun keempat belas. Selain itu, terdapat batu nisan yang berukir, digelar Batu Aceh. Batu-batu nisan ini terdapat di perkuburan-perkuburan lama di beberapa tempat di Semenanjung Malaysia seperti di daerah Pekan, Pahang, Kota Tinggi Johor serta di negeri-negeri Perak, Kedah,Terengganu, Perlis dan juga Selangor(Abdul Halim Nasir.1986). Nisan yang berukir berusia tua, terutama nisan batu Aceh, mempunyai keistimewaan yang menarik. Bentuknya unik, terdapat tulisan khat yang indah. Kehalusan ukiran-ukiran dan lorekan khatnya itu sangat sukar ditandingi.


Seni ukiran logam
Kepandaian menggunakan logam di zaman purba merupakan sesuatu yang menarik kerana logam adalah bahan yang tidak boleh dipecah-pecahkan untuk menghasilkan sesuatu alat seperti alat-alat yang diperbuat daripada batu(Abdul Halim Nasir 1986). Penggunaan alat-alat daripada logam yang berukir berterusan hingga kini. Orangorang Melayu banyak sekali menghasilkan beraneka jenis alat yang diperbuat daripada logam, emas, perak, suasa, tembaga, timah, besi, dan lain-lainnya. Seni ukiran ini dihasilkan oleh tukang-tukang Melayu pada senjata-senjata seperti lela rentaka, keris, lembing, pisau, alat-alat perhiasan diri, alat-alat permainan, alat-alat perabot, pemujaan, pembomohan dan sebagainya(Abdul Halim Nasir 1986).

Seni ukiran kayu
Seni ini juga dikenali dengan seni kerajinan tangan dan telah lama wujud dalam masyarakat melayu. Seni ukiran yang dipersembahkan sama juga dengan yang terdapat pada batu, tanah, dan lain-lain bahan logam. Cuma yang membezakannya ialah cara dan teknik pengukiran sahaja(Abdul Halim Nasir 1986). Ukiran kayu bukan sahaja terdapat pada rumah, tetapi penjelmaan dan penerapannya terdapat pada istana-istana raja, masjid, surau, wakaf, pintu gerbang, alatalat permainan masa lapang, alat-alat pemujaan dan pembomohan, alat-alat muzik tradisi, alat-alat perabot, alat-alat pertanian, alat-alat pertukangan, alat-alat senjata pendek, alatalat memasak, alat-alat pakaian, perahu tradisional dan kenderaan lain seperti kereta kuda, pedati, kereta lembu dan berbagai lagi(Abdul Halim Nasir 1986). Contohnya ialah, terdapat catatan yang menerangkan tentang istana sultan mansur syah ( sultan melaka 1459-1477M ), selain bentuk istna yang indah dan unik, diselitkan juga dengan ukiran-ukiran yang terdpt pada dinding-dinding, bendul, bumbung, serambi dan lain-lain(Norhana Ismail 2001).


Motif Ukiran Melayu Tradisi

Penjelmaan sesuatu ragam hias dalam karya ukiran melayu tidak dapat dipisahkan dari dua perkara iaitu motif hiasan dan teknik penyusunan. Dalam seni ukiran ini, terdapat beberapa teknik dan gaya bagaimana ukiran tersebut diolah mengikut kebolehan, kebijaksanaan, kemahiran, daya kreatif dan kemampuan yang terdapat pada seorang pengukir(Abdul Halim Nasir 1986).
Ukiran melayu terdiri dri beberapa teknik tebuk atau sober, digelar tebuk terus, tebuk separuh, dan tebuk timbul. Manakala pola seni ukiran pula terdiri dari tiga pola yang penting, iaitu pola bujang/pola putu, pola bingkai ( pola pemidang ), dan pola lengkap(Abdul Halim Nasir 1986). Pola bujang ialah bermotifkan gaya bebas, tidak terikat, berkait, atau bersambung. Biasanya menggunakan unsur-unsur kuntum bunga, putik buah, bulan, bintang, matahari dan juga unsur-unsur makhluk hidup. Manakala pola pemidang pula, menggunakan unsur sederhana, pergerakkannya tidak banyak berbelit-belit atau berlingkar dan mempunyai pemidang atau bingkai. Ukiran-ukiran bentuk ini, dikenal dengn motif seperti itik pulang petang, badak mudik, setampuk manggis, dan sebagainya(Norhana ismail: 2001). Selain itu, bagi pola lengkap pula, dikenali juga dengan pola induk. Lebih menitik beratkan unsur tumbuh-tumbuhan kerana sifatnya yang lebih lembut dan mudah disusun. Bentuk ini merangkumi seluruh pokok itu bermula dari akar, batang, dahan, daun, buah, putik, dan sulurnya sekali(Abdul Halim Nasir: 1986).

This entry was posted on 9:47 AM . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments